Pendapatann individu dan penggunaan pendapatan individu.
Pendapatan boleh guna.
pendapatan boleh guna boleh digunakan untuk:
a)perbelanjaan barang dan perkhidmatan.
b)tabungan.
Rumus Yd = C + S
Yd = pendapatan boleh guna.
C = perbelanjaan penggunaan.
S = tabungan.
BELAJAR BERSAMA
Tuesday, 5 February 2013
Sunday, 3 February 2013
Soalan Latihan
1) Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?
a) Masalah dalam membuat pilihan faktor yang kekuranganbagi mencapai kepuasan optimum.
b) Masalah membuat pilihan atas penggunaan barang bagi mencapai kepuasan optimum.
c) Masalah membuat pilihan atas penggunaan perkhidmatan bagi mencapai kepuasan optimum.
d) Masalah menghasilkan keluaran secara maksimum menggunakan faktor secara optimum.
2) Ahmad membelanjakan RM 130 untuk mengadakan satu majlis hari jadi untuk kawannya kos lepas untuk majlis itu kepada Ahmad ialah:
a) bil tambahan yang perlu dibayar selepas majlis itu.
b) barang yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan dalam majlis itu.
c) perbelanjaan untuk makanan,minuman dan perhiasan majlis itu.
d) pendapatan daripada kerja lebih masa kawan Ahmad yang diraikan itu.
3) Dalam proses mereka bentuk sesuatu barang pengeluar membuat kos pengeluaran minimum.
Antara masalah asas ekonomi berikut, yang manakah berkaitan dengan kos pengeluaran minimum.
i. apakah barang yang hendak dikeluarkan?
ii. berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan?
iii. bagaimana barang hendak dikeluarkan?
iv. untuk siapa barang dikeluarkan?
a) i dan ii
b) ii dan iii
c) i dan iv
d) iii dan iv
4) Udara sangat diperlukan dalam kehidupan tetapi tidak mempunyai kos lepas kerana udara merupakan.
a) barang awam
b) barang normal
c) barang keperluan
d) barang percuma
Tuesday, 29 January 2013
Bab 1 Pengertian Ekonomi
Ekonomi ialah suatu bidang bidang sains yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
Saturday, 26 January 2013
Pengenalan kepada ekonomi
Tanah
-merupakan anugerah Tuhan
-penawarannya adalah terhad
-meliputi sumber-sumber di atas permukaan bumi
-Ganjaran bagi tanah ialah sewa
-merupakan anugerah Tuhan
-penawarannya adalah terhad
-meliputi sumber-sumber di atas permukaan bumi
-Ganjaran bagi tanah ialah sewa
Buruh
-merupakan tenaga manusia yang memberi sumbangan dari segi fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
-terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir
-ganjaran buruh ialah upah
-terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir
-ganjaran buruh ialah upah
Modal
-merupakan alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran
-tujuannya ialah meningkatkan keupayaan pengeluaran
-Ganjaran modal ialah faedah
-merupakan alat atau wang yang digunakan dalam proses pengeluaran
-tujuannya ialah meningkatkan keupayaan pengeluaran
-Ganjaran modal ialah faedah
Usahawan
-merupakan individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor-faktor pengeluaran
-sanggup menanggung risiko perniagaan
-Ganjaran usahawan ialah untung
-merupakan individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor-faktor pengeluaran
-sanggup menanggung risiko perniagaan
-Ganjaran usahawan ialah untung
Sekalung Penghargaan
Assalamualaikum...........
Di sini saya ingin mengucapkan beribuan terima kasih terutama sekali
kepada pensyarah dan kawan-kawan blog yang memberi sokongan dan semangat serta sanggup berkongsi maklumat dalam menghasilkan blog ini.
Di harapkan, dengan penghasilan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya kepada pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Amalkan Berzikir Untuk Cemerlang
Bagi pelajar yang beragama islam boleh mengamalkan zikir tersebut.- Ar razzaq baca sebanyak mungkin selepas solat akan diberi rezeki yang halal.
- Al fattah baca 71 kali selepas solat subuh supaya mudah menerima ajaran agama.
- Al a'lim dibaca 100 kali selepas solat wajib maka diberi pengetahuan dengan sempurna.
- Al bashir baca 100 kali sebelum solat jumaat akan diterangkan hati dan cerdas otaknya dan selalu diberi hidayah.
- Al hakim baca 3oo kali supaya dicerdaskan otak.
- Al majid baca seberapa banyak mungkin agar dipermudahkan menerima apa yang diajar.
- Al qaadir baca 305 kali, apa yang dihasratkan akan berhasil.
Subscribe to:
Posts (Atom)