Sunday, 3 February 2013

Soalan Latihan

 
SOALAN- SOALAN LATIHAN.

1) Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?
   
     a) Masalah dalam membuat pilihan faktor yang kekuranganbagi mencapai kepuasan optimum.
     b) Masalah membuat pilihan atas penggunaan barang bagi mencapai kepuasan optimum.
     c) Masalah membuat pilihan atas penggunaan perkhidmatan bagi mencapai kepuasan optimum.
     d) Masalah menghasilkan keluaran secara maksimum menggunakan faktor secara optimum.

2) Ahmad membelanjakan RM 130 untuk mengadakan satu majlis hari jadi untuk kawannya kos lepas  untuk majlis itu kepada Ahmad ialah:
 
      a) bil tambahan yang perlu dibayar selepas majlis itu.
      b) barang yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan dalam majlis itu.
      c) perbelanjaan untuk makanan,minuman dan perhiasan majlis itu.
      d) pendapatan daripada kerja lebih masa kawan Ahmad yang diraikan itu.

3) Dalam proses mereka bentuk sesuatu barang pengeluar membuat kos pengeluaran minimum.
Antara masalah asas ekonomi berikut, yang manakah berkaitan dengan kos pengeluaran minimum.
    
     i.   apakah barang yang hendak dikeluarkan?
     ii.  berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan?
     iii. bagaimana barang hendak dikeluarkan?                                           
     iv. untuk siapa barang dikeluarkan?

       a)  i dan ii
       b)  ii dan iii
       c)  i dan iv
       d)  iii dan iv

4) Udara sangat diperlukan dalam kehidupan tetapi tidak mempunyai kos lepas kerana udara merupakan.

       a) barang awam
       b) barang normal
       c) barang keperluan
       d) barang percuma
                                                           

1 comment:

  1. blog yg menarik, byk info berguna yg boleh dimanfaatkn oleh pelajar & guru..keep it up..

    visit my blog applemathematics.blogspot.com

    ReplyDelete